Khamis, 23 Disember 2010

Kayuh.

Hafizi sedang mengayuh basikal menuju ke pekan.Dia nak ke kedai gunting rambut.Mamanya dah mula bising-bising pasal rambutnya.Selepas meminta wang 5 ringgit dari mamanya dia terus mengayuh basikal menuju ke pekan.

Jalan raya tak lagi sepi kerna musim persekolahan dah tak berapa lama nak buka.Jadi ramailah yang keluar hari tu sebab nak beli pakaian dan kelengkapan sekolah.Jadi semestinya juga ada yang keluar ke pekan dengan tujuan yang sama dengan Hafizi iaitu menggunting rambut.

Kayuh punya kayuh punya kayuh, tiba-tiba dia dah sampai.Punya la tak sedar yang dia dah sampai di pekan.Rumah Hafizi pun tak jauh mana dari pekan, ada la macam bunyi pepatah inggeris sikit, just a stone throw away.
Hafizi terus mengayuh menuju kedai gunting rambut.Apabila sampai,terus ditongkatkan basikal di hadapan kedai gunting rambut.Dan dengan tidak disangka orang di dalam kedai gunting itu lebih ramai dari yang disangkakannya.Siap ada yang tunggu di luar kedai dah.

"Arghh, tak boleh jadi ni"Hafizi bermonoloq sendirian.Dia terus menukar fikiran untuk pergi ke satu lagi kedai gunting rambut di hujung pekan tetapi agak jauh sedikit.Lagipun di situ murah sikit tak macam kat sini,tambah Hafizi.

Kayuh punya kayuh punya kayuh, dia pun sampai.Berbunga-bunga hatinya kerna tak nampak kelibat orang di luar kedai.Ini bermakna sudah tentu tidak ramai orang.Dengan pantas dia pun berjalan menuju ke pintu kedai setelah menongkatkan basikal buruknya.Di pintu kedai itu tertulis satu perkataan yang ditulis sangat kecil di atas kertas A4 menggunakan pen ball point agaknya.
Di pintu kedai itu tertulis perkataan yang berbunyi, TUTUP.

Hafizi mengayuh basikal menuju ke pekan.Dia ingin ke kedai menggunting rambut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan