Sabtu, 25 Disember 2010

Kamu tau otak kamu hebat?

Manusia dan binatang, kedua-duanya adalah makhluk ciptaan Allah.Tapi sudah termaktub yang manusia ni lebih pintar daripada haiwan.Kenapa?Kedua-dua kita (manusia dan haiwan) mempunyai otak tetapi hanya menusia sahaja yang ada akal, satu lagi makhluk Allah yang mulia.

Pernah dengaq cerita akal vs nafsu?


Dengan akallah kita dapat bezakan baik dan buruk selain dapat meningkatkan kemajuan diri kita sendiri dengan menuntut ilmu (dengaq tu calon SPM) dan menambahkan kemahiran kerana ilmu dan kemahiran itu adalah satu aset yang penting yang harus ada dalam diri setiap mankind (umat manusia).

Disini inginlah aku berkongsi tentang kehebatan otak manusia (bukan otak orang lain, otak kamu jugak)...

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can. i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!




...dan itupun kalau boleh baca petikan di atas.

Jumaat, 24 Disember 2010

Si Nyamuk.

Hari sudah lewat malam.Malam pun sudah merangkak ke pagi.Hafizi masih di depan laptopnya.Melayari fesbuk, kononnya.Dengan lenguh tengkuk semua cukup,jari jemari pun sama,dengan mengantuk tiba-tiba si nyamuk melintas dihadapan matanya, dihadapan fesbuk.

PAP!

Bercerai badan dan nyawa si nyamuk di tapak tangan kecil Hafizi,di hadapan fesbuk.
Hafizi kembali bermain fesbuk.

Khamis, 23 Disember 2010

Kayuh.

Hafizi sedang mengayuh basikal menuju ke pekan.Dia nak ke kedai gunting rambut.Mamanya dah mula bising-bising pasal rambutnya.Selepas meminta wang 5 ringgit dari mamanya dia terus mengayuh basikal menuju ke pekan.

Jalan raya tak lagi sepi kerna musim persekolahan dah tak berapa lama nak buka.Jadi ramailah yang keluar hari tu sebab nak beli pakaian dan kelengkapan sekolah.Jadi semestinya juga ada yang keluar ke pekan dengan tujuan yang sama dengan Hafizi iaitu menggunting rambut.

Kayuh punya kayuh punya kayuh, tiba-tiba dia dah sampai.Punya la tak sedar yang dia dah sampai di pekan.Rumah Hafizi pun tak jauh mana dari pekan, ada la macam bunyi pepatah inggeris sikit, just a stone throw away.
Hafizi terus mengayuh menuju kedai gunting rambut.Apabila sampai,terus ditongkatkan basikal di hadapan kedai gunting rambut.Dan dengan tidak disangka orang di dalam kedai gunting itu lebih ramai dari yang disangkakannya.Siap ada yang tunggu di luar kedai dah.

"Arghh, tak boleh jadi ni"Hafizi bermonoloq sendirian.Dia terus menukar fikiran untuk pergi ke satu lagi kedai gunting rambut di hujung pekan tetapi agak jauh sedikit.Lagipun di situ murah sikit tak macam kat sini,tambah Hafizi.

Kayuh punya kayuh punya kayuh, dia pun sampai.Berbunga-bunga hatinya kerna tak nampak kelibat orang di luar kedai.Ini bermakna sudah tentu tidak ramai orang.Dengan pantas dia pun berjalan menuju ke pintu kedai setelah menongkatkan basikal buruknya.Di pintu kedai itu tertulis satu perkataan yang ditulis sangat kecil di atas kertas A4 menggunakan pen ball point agaknya.
Di pintu kedai itu tertulis perkataan yang berbunyi, TUTUP.

Hafizi mengayuh basikal menuju ke pekan.Dia ingin ke kedai menggunting rambut.

Selasa, 21 Disember 2010

Sebatang pensil tumpul

Walaupun hanya pensil dahla sebatang, tapi ianya tetap memberi sumbangan kepada seseorang penulis yang budiman.

Walaupun tumpul tetap membentuk lakaran


Jadi, jangan menggunakan pensil tumpul sebagai alasan mengapa idea tak leh diterjemahkan ke bentuk yang lebih kelihatan dan mudah difahami kerana ia... hanya sebatang pensil tumpul.

wahh.

nampaknya sudah berkembang maju!
macam zaman2 dulu lah~hahaha.

Kisah selipar

Pada suatu pagi yang morning, aku dan family tersayang pergi menghadiri jemputan kenduri kahwin yang nun jauh ke selatan semenanjung Malaysia.

Aku pergi berjalan jauh hanya dengan memakai selipar jepun memandangkan selipar tak jepun getah aku semakin membesar akibat asyik diberi tekanan oleh tuannya yang berberatkan lebih kurang 45 kg.

Selipar itu bertahan sehingga ke destinasi dimana keesokan harinya apabila kami perlu menghadiri kenduri yang malam sebelumnya kami berehat di homestay sambil menonton perlawanan bola sepak Malaysia vs Vietnam yang melihatkan malaysia berjaya melangkah ke final buat kali keduanya yang pada kali pertamanya adalah waktu acap kalai piala ini diperkenalkan.

Bukan sekadar selipar

Sebelum ke kenduri, mama aku pernah mempersoalkan tentang kelayakan selipar itu untuk menghadiri kenduri dan aku sebagai penggunanya tidak pernah langsung mempersoalkan kesetiaannya terhadap aku walaupun hingga ke tempat yang jijik.Begitu setianya kamu wahai selipar.

Tapi ketentuan Tuhan mengatasi segala-galanya.Selipar yang banyak berjasa itu digantikan dengan selipar baru yang lebih ada brand, aku seperti kacang lupakan kulit lalu tertinggallah selipar jepun itu di homsetay .

Sekarang... aku sangat sedih, apalah salah dia.
Dia hanya sepasang selipar.
Yang rela dipijak, dilenyak dan diperkotak katikkan...
Demi menjaga tugasnya yang suci..
Iaitu mengalas kaki2 tuannya tanpa merengek "busuk" dan sebagainya


Kini segalanya sudah tiada kerna si selipar jepun itu tertinggal bersama kenangannya.

Barangkali.

Barangkali akulah orang yang mula-mula menjumpai laman web ini.

Pada suatu hari ketika aku sedang mengail ikan di tanjung, aku terjumpa botol kaca yang hanyut dibawa arus.Di dalamnya ada secebis kertas dan botol itu ditutup rapat dengan gabus.Jika tidak masakan ianya terapung dibawa arus.Dan di kertas itu tercatit alamat web ini.

Tidak berapa lama selepas itu, barulah rumahku dipasang dengan talian internet.Mengikut arus pemodenan alasannya.Dan aku pun mula berjinak-jinak dengan laman web ini.Tetapi semuanya berlaku dengan terlalu pantas dan kira-kira 20 tahun yang lalu.

Dan hari ini adalah hari pertama aku menulis entri pertama untuk blog ini.Ini kerana aku hanyalah berjaya mendaftar akaun untuk laman web ini lama dahulu,dan bayangkanlah kelajuan internetnya kira-kira 20 tahun yang lalu.

Barangkali akulah orang yang mula-mula menjumpai laman web ini.