Sabtu, 5 Februari 2011

Semua orang sayang

Bola sepak selalu dikatakan sebagai sebuah permainan yang cantik seperti lirik lagu...

"let rejoice in this beautiful game..." lagu waving flag lagu tema Piala dunia 2010

Kalau dah permainan itu cantik dan indah bagaimana lagi kita nak sifatkan para pemainnya pula.
Pernah saya termasuk dalam satu blog wanita yang saya jangkakan cute meluahkan rasa sayangnya kepada pemain bola sepak negara yang mencipta sejarah dalam AFF Suzuki Cup tahun 2010 melalui ayatnya seperti berikut:

Saya sayang awak.( gambar Safee Sali)
dan awak. (gambar Khairul Fahmi Che Mat)
juga awak. (gambar Kunalan)
tak lupa juga pada awak. (gambar NorShahrul)

boleh suma bayangkan kalau aku juga salah seorang pemain yang mengharumkan nama negara itu,
apa agaknya yang dia akan tulis.

dan yang paling saya sayang sekali sudah tentu awak. (gambar aku)

Apakah rasanya bila disayangi oleh orang ramai?

Sampai ada lagu untuk mereka yang dinyanyikan oleh peminat sendiri di stadium, Samir Nasri...





NaNaNaNaNa.. Samir nasri , nasri... samir nasrii. Lagu penuh disini http://www.youtube.com/watch?v=Ur-iTdt6pGo&playnext=1&list=PL07F58B77090FA73D


Boleh bayang perasaan Samir Nasri ( bintang Arsenal) ketika itu yang namanya diangkit sebagai wira.
Ini hanya salah satu contoh yang selebihnya adalah untuk kita fikirkan sendiri.


Jumaat, 4 Februari 2011

Edit page sesuka hati

Kawan sekelas atau classmate aku ada terpost satu benda baik punye di wall group kami budak lelaki form 5 tahun ni (hanya yang kacak, macho dan bergaya sahaja)




javascript:document.body.contentEditable='true';document.designMode='on';void 0




Caranya hanya dengan mengopy kod di atas lalu dipastekan pada url mana-mana page yang kita mahu.
Selepas itu kita boleh mengedit dalam erti kata mendelete dan menulis ayat dan mengubah gambar dengan sesuka hati kita dengan sesungguhnya.




~ kalau tak faham, boleh copy saja yang kaler merah diatas lalu digantikan dengan http://pepensel.blogspot.com/ yakni url blog ni.

Khamis, 3 Februari 2011

Misi Koko Keranch!

Tom terus berjalan ke hadapan.walaupun dia tahu jika dia memasuki kawasan gelap itu penglihatan nya akan menjadi terhad dan susah untuk dia terus bergerak, namun dia mempunyai kelebihan dapat menghidu dengan begitu kuat.

Perutnya terus berbunyi kuat.Ya dia kelaparan.Untuk hari ini dia belum menjamah apa-apa lg.Hidupnya hanya tidur di rumah sesekali jika dia terjaga dia akan layan Liga Super Malaysia dulu.Itupun kalau dia terjaga time bukan iklan, jikalau tidak pasti dia akan sambung tidur kembali.

Langkah diatur pantas tetapi masih senyap.Takut tuan rumah terjaga.Ataupun kucing import tuan rumah yang mengacau dan menghambatnya dan membuat bising menandakan ada penceroboh tengah2 mlm ni.tom terus menyusup masuk melalui ruang diantara bawah pintu dan dinding.walaupun kecil dia masih dapat melaluinya dengan memperosokkan badannya yang anjal dengan mudah.ya itu antara kelebihan yang ada pada Tom.

Setelah berada di dalam rumah Tom terus menyusup masuk ke ruang dapur.Sememangnya ruang dapur diselubungi kegelapan pada waktu malam-malam begini.Tom terus memanjat ke kabinet atas dapur.dikuisnya salahsatu daripada pintu kabinet itu dan masuk ke dalam.Tom menghidu-hidu lagi.dia mengenalpasti bau makanan kegemarannya, koko Keranch.baunya tidak begitu kuat kerana koko Keranch berada didalam kotak yang sedikit tebal dan di dalam plastik separa aluminium.dia menggigit-gigit untuk membuat lubang kecil supaya dia mudah untuk makan makanan kegemarannya.sementelah itu terhasillah lubang yang kecil tetapi cukup besar untuk Tom.walaupun dapat satu butir koko Keranch itu sudah memadai buat Tom.tetapi kalu dua,tiga pun apa salahnya.

Tiba-tiba-tiba,pintu kabinet dibuka dan berhampurlah cahaya menerpa masuk.Malah satu semburan cecair bertekanan tinggi juga disembur masuk memenuhi ruang kabinet dan terkena sedikit mata kecil Tom sebelum ia sempat memejamkannya rapat.

Sejurus Tom terus lari melompat ke mana hala dirasakannya mengikut bau hidungnya tanpa dapat dia membuka mata lagi.Namun dikedua-dua belah tangannya masih memegang dua butir koko Keranch.

(bersmbung)


Rabu, 2 Februari 2011

lagenda budak LK episod 1

budak lelaki yang sedang menunggu bas itu terketar-ketar kesejukan dek kerana hujan lebat yang mencurah-curah.kebetulan pula perhentian bas tempat dia menunggu bas itu atapnya sayu, melambai-lambai ditiup angin.apalah malang nasibnya.

namun beg Rotring di tangan kanan tidak dilepaskan, manakala ditangan kira beg baju berbentuk bulat dengan jenama terkemuka walhal ianya dibeli di pasar malam.jalan raya terlalu sunyi petang itu ditambah dengan hujan lebat yang selebat-lebatnya.

sudah hampir satu jam dia menunggu.
menunggu.
menunggu.
menunggu.

dan akhirnya muncullah sebuah bas yang kelihatannya sudah uzur.perut bas pula sudah muat dengan manusia dan dapat diselit seorang dua lagi sahaja.

bas terus bergerak tanpa banyak bicara, dan manusia di dalam perut bas juga tidak banyak bicara dan tinggallah hujan yang hanya berbicara sesama mereka.pemungut tambang bas juga dikenali sebagai kolek bas bersusah payah bergerak dari hadapan bas (tempat duduk driver) menuju ke belakang sekali (tempat duduk panjang) untuk mengambil tambang dari budak lelaki yang baru menaiki bas sebentar tadi.

tanpa banyak bicara, sedikit bibir budak lelaki itu digerakkan sambil menghulur not merah RM10,
KULIM.


Hari ini.

Hari ini adalah hari ini.dan gua akan kenang hari ini sebagai hari ini.
sekian.


Selasa, 1 Februari 2011

Untuk.

Untuk menulis sesuatu anda memerlukan idea ataupun dipanggil juga buah fikiran ataupun dipanggil juga ilham ataupun dipanggil juga ...

Ahad, 30 Januari 2011

Tahniah buat Kelantan dan Jepun

Semalam jam 8.30 malam ada match live kat astro arena piala sumbangsih.
Semalam juga jam 12.30 malam ada match tertunda final Piala Asia.

Kenapa mesti ada live dan tertunda dan kenapa mesti ada menang dan kalah, jangan kata "dah adat pertandingan.."  sebab ada dua persoalan di sini.

Tertunda sampai tengah malam macam mana aku nak tengok tanpa tertidur.
Kenapa kedai nasi kandar berdekatan rumah tak siar live final tapi buka LTdL.

sangat bersungguh-sunguh