Rabu, 2 Februari 2011

lagenda budak LK episod 1

budak lelaki yang sedang menunggu bas itu terketar-ketar kesejukan dek kerana hujan lebat yang mencurah-curah.kebetulan pula perhentian bas tempat dia menunggu bas itu atapnya sayu, melambai-lambai ditiup angin.apalah malang nasibnya.

namun beg Rotring di tangan kanan tidak dilepaskan, manakala ditangan kira beg baju berbentuk bulat dengan jenama terkemuka walhal ianya dibeli di pasar malam.jalan raya terlalu sunyi petang itu ditambah dengan hujan lebat yang selebat-lebatnya.

sudah hampir satu jam dia menunggu.
menunggu.
menunggu.
menunggu.

dan akhirnya muncullah sebuah bas yang kelihatannya sudah uzur.perut bas pula sudah muat dengan manusia dan dapat diselit seorang dua lagi sahaja.

bas terus bergerak tanpa banyak bicara, dan manusia di dalam perut bas juga tidak banyak bicara dan tinggallah hujan yang hanya berbicara sesama mereka.pemungut tambang bas juga dikenali sebagai kolek bas bersusah payah bergerak dari hadapan bas (tempat duduk driver) menuju ke belakang sekali (tempat duduk panjang) untuk mengambil tambang dari budak lelaki yang baru menaiki bas sebentar tadi.

tanpa banyak bicara, sedikit bibir budak lelaki itu digerakkan sambil menghulur not merah RM10,
KULIM.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan