Khamis, 3 Februari 2011

Misi Koko Keranch!

Tom terus berjalan ke hadapan.walaupun dia tahu jika dia memasuki kawasan gelap itu penglihatan nya akan menjadi terhad dan susah untuk dia terus bergerak, namun dia mempunyai kelebihan dapat menghidu dengan begitu kuat.

Perutnya terus berbunyi kuat.Ya dia kelaparan.Untuk hari ini dia belum menjamah apa-apa lg.Hidupnya hanya tidur di rumah sesekali jika dia terjaga dia akan layan Liga Super Malaysia dulu.Itupun kalau dia terjaga time bukan iklan, jikalau tidak pasti dia akan sambung tidur kembali.

Langkah diatur pantas tetapi masih senyap.Takut tuan rumah terjaga.Ataupun kucing import tuan rumah yang mengacau dan menghambatnya dan membuat bising menandakan ada penceroboh tengah2 mlm ni.tom terus menyusup masuk melalui ruang diantara bawah pintu dan dinding.walaupun kecil dia masih dapat melaluinya dengan memperosokkan badannya yang anjal dengan mudah.ya itu antara kelebihan yang ada pada Tom.

Setelah berada di dalam rumah Tom terus menyusup masuk ke ruang dapur.Sememangnya ruang dapur diselubungi kegelapan pada waktu malam-malam begini.Tom terus memanjat ke kabinet atas dapur.dikuisnya salahsatu daripada pintu kabinet itu dan masuk ke dalam.Tom menghidu-hidu lagi.dia mengenalpasti bau makanan kegemarannya, koko Keranch.baunya tidak begitu kuat kerana koko Keranch berada didalam kotak yang sedikit tebal dan di dalam plastik separa aluminium.dia menggigit-gigit untuk membuat lubang kecil supaya dia mudah untuk makan makanan kegemarannya.sementelah itu terhasillah lubang yang kecil tetapi cukup besar untuk Tom.walaupun dapat satu butir koko Keranch itu sudah memadai buat Tom.tetapi kalu dua,tiga pun apa salahnya.

Tiba-tiba-tiba,pintu kabinet dibuka dan berhampurlah cahaya menerpa masuk.Malah satu semburan cecair bertekanan tinggi juga disembur masuk memenuhi ruang kabinet dan terkena sedikit mata kecil Tom sebelum ia sempat memejamkannya rapat.

Sejurus Tom terus lari melompat ke mana hala dirasakannya mengikut bau hidungnya tanpa dapat dia membuka mata lagi.Namun dikedua-dua belah tangannya masih memegang dua butir koko Keranch.

(bersmbung)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan