Ahad, 18 Mac 2012

Teruskan berharap

  Sedang aku mencangkul tanah selebar 2 kaki dalam 2 kaki.Seorang pemuda yang terpaksa batalkan perkahwinannya kerana masalah hantaran tinggi berkata "Malam ni free, boleh la tengok malaysia lawan syria.Game last ni mak" sambil berehat dengan memegang cangkul.

Satu orang berharap.


 "malam ni kena menang la gamaknya, haha" sampuk seorang pakcik dari atas bukit sambil lap peluh yang mengalir di dahi.

Dua orang berharap.


  Aku maintain dan konsisten dengan kerja aku tanpa mengambil berat perihal negara."cuba ukur, mungkin dah cukup 2 kaki".




Game start dalam pukul tujuh, di Kedai Kita ada dalam 7 orang yang sedang tengok game malaysia lawan.

Sembilan orang berharap.


 di dalam stadium ada beratus orang malaysia sedang sokong team malaysia.

Sratus lebih orang berharap.


  Admin2 page bola di facebook updated dan ada facebookers yang komen dan like.

   Di warung2 kopi, kedai mamak , dan juga di rumah masing-masing.
  
Beribu malah puluhan orang yang berharap.




   Game malaysia pon tamat dengan kalah bergaya di minit 90.


Semua orang masih lagi berharap.




   Ok , hampa boleh teruskan berharap walaupon dah sedar yang bola sepak kita memang tiada harapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan